Friends

Saturday, December 18, 2010

Adab Menghormati & Menasihati Pemimpin


Imam Abu Ja’afar ath-Thahawi rahimahullah berkata:

“Kita tidak membolehkan memberontak (membelot) terhadap para imam (pemimpin muslim) dan para penguasa walau pun mereka melakukan kezaliman. Kita tidak menyumpahi (memaki hamun) mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka. Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mana mereka tidak memerintahkan melakukan maksiat. Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka supaya mereka dikurniakan dengan kebaikan sama ada dari segi fizikal atau pun rohani.”


Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah dia menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Tetapi hendaklah dia berbincang secara empat mata di dalam rangka menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak memperlekehkannya sebagaimana yang terdapat di dalam hadis”.

“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di khalayak umum. Adalah amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”.


“Rasulullah SAW telah mewajibkan ke atas umat ini menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama, baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan serta kelemahan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka mereka bahkan juga akan membawa kepada kejahatan, kerosakan, kederhakaan, dan permusuhan.


article 28 - Adab Menghormati & Menasihati Pemimpin | 2010

p/s : masyrakat hari ini sudh tidak lg mematuhi dan ada yg tidak mengetahui, bahkan mereka sudah sanggup memberontak/ berdemostrasi/ memperburukan pemimpin dengn bermacm - mcm fitnah/pembohongan / muslihat, yg dianggap jaln terbaik menyelesaikn masalah . Semua ini hanya lah berkepentingan utk peribadi dan mengejar kemewahan..sedarlah wahai bangsaku!

2 comments:

  1. ni sebab umar sebut pasal najib tu ke mentek? haha.....

    ReplyDelete
  2. x de la...aku terpikir jew kenapa msyrkt kite jd cm nie?..sbb aku tengok dh bnyk bende2 cm nih berlaku kt media massa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian


HAFIZHASSAN - status 2018 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman blog ini.

Laman blog ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya. HAFIZHASSAN - status 2018 menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman blog ini.